Kalau anda pertama kali dengar tentang buku ni, mungkin anda tertanya-tanya program ni betul ke atau scam. Ada juga laman yang mempromosikan program ini dengan video dan ebook.
Jadi, okay ke panduan ni? Boleh ke selesaikan hutang kita yang keliling pinggang? Dapatkah ia bantu dengan masalah wang kita?
Antara perkara yang dijanjikan oleh buku ini, pembaca dapat:
1. melangsaikan hutang
2. menyimpan lebih banyak dengan cepat
Bunyi dah macam skim cepat kaya kan?
Dari carian kami di Internet, kami dapati buku ini mempunyai banyak review positif daripada pembaca-pembaca. Antaranya seperti contoh di bawah ini:
Buku ini adalah antara buku berbahasa Melayu dalam kategori yang wajib dibaca jika anda adalah penggemar genre pengurusan kewangan peribadi terutamanya tentang pengurusan hutang.
Dan wajib dibaca juga jika anda adalah seorang yang pernah melakukan kesilapan kewangan atau juga mungkin sedang dalam proses membaiki status kewangan sendiri.
10 bab yang tersusun kemas dan boleh dikatakan 2/3 daripada keseluruhannya menekankan tentang asas (fundamental) utama dalam pengurusan kewangan betul, iaitu mindset dan sikap.
“Masalah kewangan tidak wujud, yang ada cuma masalah dalaman (hati dan perasaan)”
Saya percaya ini bukan hanya sekadar tagline tapi ini adalah kesimpulan yang dibuat beliau yang sangat berpengalaman dalam membantu ribuan individu yang menghadapi masalah kewangan terutamanya berkenaan masalah bebanan hutang.
Paling menarik adalah bab ke 10. Ada beberapa kes yang pernah dibantu beliau dikongsikan dalam bab ini, termasuk kisah beliau sendiri. Beberapa kaedah teknikal penyelesaian hutang diceritakan secara ringkas tapi sudah cukup untuk dijadikan panduan umum kepada pembaca.
Sangat mahal ilmu yang dikongsikan, oleh itu memang sangat berbaloi untuk memiliki dan membaca buku ini.
– Faiz-Akmal, melalui MPHonline
Untuk baca sendiri panduan kewangan ni boleh dapatkan di sini: https://bit.ly/forensikwang
Fokus utama garispanduan ini :
(+) cara terpantas melangsaikan hutang dengan alat kewangan sedia ada.
(+) dapat menguruskan kewangan dengan baik.
(+) mengumpul harta dengan lebih cepat.
Testimoni Pembaca
Buku yang bagus untuk memahami cara mengurus kan kewangan peribadi. Tiada formula yang bombastik ataup jalan pintas untuk menjaga kewangan kita, simple sahaja sebenarnya. Jangan berbelanja lebih dari kemampuan kita dan konsisten menyimpan sebahagian wang kita ke dalam instrumen kewangan yang kita ada. Contoh, ASB, Fixed Deposit, Unit Trust dan yang lain-lain. Bila kita simpan, kita perlu fikir apa matlamat kewangan kita dan cara hendak laburkan kewangan kita ke saluran yang betul, mungkin dalam bidang hartanah, saham, bisnes atau apa-apa sahaja saluran yang kita mahir.
Dan untuk jadi mahir, kita perlu konsisten dan cari ilmu. Sentiasa belajar, melalui buku, youtube, mentor.
Jangan terpedaya dengan keseronokkan pendek seperti menyertai skim cepat kaya, membuat pinjaman peribadi, memiliki kereta besar atau membuat sesuatu di luar kemampuan kewangan kita.
Saya rekemen buku ini!
– Nadiah Razali, melalui MPH
Kalau nak baca sendiri panduan menarik ni, boleh ke: https://bit.ly/forensikwang
Antara point penting dalam buku ini. Jangan sayang harta kita, bila sampai masa buang emosi jual apa yang patut untuk keluar dari jalan mati.
– Syawal Ameron, pembeli di MPH
Penulis menyampaikan idea2 dengan terus dan dilampirkan brsama contoh2 senario kewangan serta jalan penyelesaiannya.
– Mohd K., Lazada Verified Purchase
Jadi kesimpulannya, kami rasa berbaloi untuk anda dapatkan sendiri. Kebanyakan testimoni yang kami temui ada 4 hingga 5 bintang untuk buku ini. Modal cuma RM30 untuk ilmu yang bermanfaat.
Mana nak cari buku ni? Boleh beli di mana-mana kedai buku. Harga cuma RM30, tapi boleh bantu selesai hutang beribu, dan ajar menyimpan puluhan ribu. Kalau tiada masa dan tak nak keluar rumah menghabiskan minyak, boleh je beli online di sini.