Membeli-belah atas talian adalah trend terkini kerana pengguna tidak perlu lagi memandu ke pusat membeli-belah atau pasaraya. Kita juga tidak perlu bersesak menghadapi orang ramai dan mendedahkan diri kepada risiko jangkitan penyakit.
Tetapi adakah anda tahu bahawa anda boleh dapat semula sebahagian wang yang anda belanjakan secara online tersebut?
Melalui program cashback seperti Shopback, pengguna boleh dapat semula peratusan duit yang telah dibelanjakan.
Jangan berpuas hati dengan diskaun sahaja, dapatkan cashback wang tunai juga!
Berita baiknya adalah apabila anda membeli apa-apa dalam talian melalui program Shopback, anda boleh dapat kembali sebahagian perbelanjaan dalam bentuk tunai! Bukan kredit. Bukan loyalty points. Ya, tunai!
Apa Itu Shopback
Program ShopBack membantu pengguna mendapatkan pulangan wang tunai (cashback) dan juga diskaun di 300+ kedai atas talian seperti Shopee, Lazada, Zalora, Agoda, AirAsiaGo, Photobook Malaysia , Booking.com, AliExpress, FashionValet, Qoo10, Godaddy, dan Expedia dan banyak lagi!
Ini bermakna penjimatan tambahan tanpa had apabila anda membeli-belah dalam talian!
Bagaimana Program Ini Berfungsi?
Jika Shopback membawa (refer) pengguna-penguna untuk berbelanja di laman web seperti Shopee atau Lazada, pihak syarikat tersebut akan memberi imbuhan kepada Shopback dalam bentuk komisyen. Ini adalah sejenis referral program atau affiliate reward yang biasa diberikan oleh penjual-penjual dan kedai-kedai online kepada affiliate atau referrer. Jadi, mereka boleh pilih untuk menyimpan semua imbuhan atau komisyen tersebut untuk mereka sendiri atau mereka boleh bina program ini dimana mereka dapat berkongsi komisyen tersebut dengan pengguna-pengguna lain seperti anda!
Mereka dapat lebih ramai pengunjung dan pengguna, kita dapat cashback – Win Win kan?
Cara Mendapat Cashback
- Daftar dan login ke Shopback, menggunakan smartphone atau PC.
- Klik pada mana-mana kedai online melalui aplikasi ShopBack dan anda dibawa ke laman web kedai online tersebut melalui tracking link khas.
- Beli-belah di laman web Shopee, Lazada dan lain-lain seperti biasa dan buat pembelian
- Terima cashback ke dalam akaun ShopBack dalam masa 48 jam (pembelian baru akan berada di bawah tab ‘Pending‘)
- Cashback anda akan berubah menjadi ‘Redeemable‘ (boleh dikeluarkan) setelah oder anda disahkan oleh kedai penjual. Ini akan mengambil masa 30-60 hari, untuk memastikan tiada pembatalan / pengembalian / pertukaran pada pesanan anda.
- Anda boleh memohon pembayaran (Payout) selepas anda mencapai Redeemable Cashback (Pulangan Tunai Boleh-Tebus) sebanyak sekurang-kurangnya RM10.00
- Bonus RM5 hanya boleh ditunaikan apabila Redeemable Cashback anda mencapai RM10.00